Saka, Rice wira sambutan ke-300 Arteta

Saka, Rice wira sambutan ke-300 Arteta

Saka, Rice wira sambutan ke-300 Arteta


MIKEL Arteta meraikan penampilan ke-300 bersama Arsenal dengan cara paling sempurna apabila meraih kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas West Ham United di Stadium Emirates.

Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan The Gunners sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, tetapi juga memperlihatkan dominasi Arsenal yang tidak tergugat.

Arsenal tampil bertenaga sejak sepak mula, mempamerkan disiplin taktikal tinggi dan corak menyerang yang membuatkan West Ham sekadar bertahan hampir sepanjang permainan.

Arteta yang kebiasaannya lantang di tepi padang kelihatan lebih tenang kali ini, seolah-olah menikmati malam bersejarah itu tanpa tekanan.

Gol pertama hadir pada minit ke-38 menerusi bekas pemain The Hammers, Declan Rice, yang menyambar bola muntah selepas rembatan Eberechi Eze ditepis penjaga gol Alphonse Areola.

Jaringan itu bukan sekadar membuka tirai kemenangan, malah menjadi simbol kebangkitan Arsenal di bawah sentuhan Arteta.

Dominasi tuan rumah diteruskan pada babak kedua dan Bukayo Saka menambah jaringan pada minit ke-67 melalui sepakan penalti selepas Jurrien Timber dijatuhkan El Hadji Malick Diouf.

Saka yang meraikan penampilan ke-200 liga menyempurnakan penalti itu dengan tenang bagi mengesahkan kemenangan mutlak Arsenal.

Kemenangan tersebut melengkapkan minggu gemilang buat skuad utara London itu selepas kejayaan dramatik menewaskan Newcastle United dan Olympiakos minggu sebelumnya.

Arsenal kini menghuni puncak liga dengan 16 mata daripada tujuh perlawanan, manakala West Ham terus bergelut di tangga kedua tercorot dengan empat mata.

Sementara itu, Arteta melahirkan rasa puas hati terhadap persembahan konsisten anak buahnya walaupun berdepan kecederaan pemain utama.

“Untuk berada di tangga teratas selepas beberapa aksi besar dan kehilangan beberapa tonggak utama menunjukkan semangat luar biasa pasukan ini. Kami mendominasi sepenuhnya dan sepatutnya menang dengan jaringan lebih besar,” katanya.

Namun, kegembiraan itu sedikit tercalar apabila kapten Martin Odegaard kembali mengalami kecederaan lutut dan menjadi pemain pertama dalam sejarah liga yang digantikan sebelum rehat dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Arsenal yang hanya tewas empat kali dalam 42 aksi liga di Emirates sebelum ini memastikan West Ham tidak berpeluang mengulangi kejayaan lalu.

“Kami sedar Arsenal sangat kuat. Kami cuba bertahan, tapi mereka bermain pada tahap yang terlalu tinggi,” ujar pengendali West Ham, Nuno Espirito Santo.

Ringkasan AI

  • MIKEL Arteta meraikan penampilan ke-300 bersama Arsenal dengan kemenangan 2-0 atas West Ham
  • Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Arsenal sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris
  • Arsenal mempamerkan disiplin taktikal tinggi dan dominasi sepanjang permainan
  • Gol pertama dicetak Declan Rice pada minit ke-38 dan Bukayo Saka menambah gol kedua melalui penalti
  • Arsenal kini di puncak liga dengan 16 mata dari 7 perlawanan, manakala West Ham di tangga kedua tercorot



Source link

OR

Scroll to Top