Pelakon yang juga usahawan Lana Nodin baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila tampil bertudung.
Manis dan ayu sangat Lana Nodin dengan penampilannya terbaharunya itu. Nampak lagi muda walaupun Lana kini bergerlar ibu kepada dua anak.
Penampilan baharu Lana Nodin itu seperti yang dilihat dalam hantarannya di Instagram menerima reaksi positif daripada para pengikut.
Selain memuji kecantikan Lana Nodin yang kian terserlah sejak bertudung, para pengikut turut menitipkan doa agar Lana Nodin istiqamah bertudung dan menutup aurat.
Akui Lana Nodin dia kini sedang menyesuaikan diri dengan bertudung namun tidak mahu terlalu drastik menyatakan dirinya sudah berhijrah.
Katanya, dia masih dalam fasa mencuba dan sesuaikan diri. Memandangkan usia pun sudah mencecah 45 tahun, Lana berpendapat sudah tiba masanya untuk dia mencuba (bertudung) secara perlahan-lahan.
Lana dilihat mula bertudung sejak Ramadan lalu. Menurut Lana Nodin, imej barunya itu turut mendapat sokongan penuh daripada suami. Malah, mereka sama-sama cuba untuk berubah ke arah lebih baik bersama anak-anak.
BACA JUGA: “Seindah Ujian Dalam Istiqamah” Ini Pesanan USTAZAH SHARIFAH KHASIF Buat Hijabi
Bintang drama Suamiku Lelaki Pendosa ini turut memuat naik foto dirinya ketika berbuka puasa bersama keluarga dengan imej bertudung.
Lana Nodin terus mendapat perhatian apabila dia memuat naik rakaman video meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama suami, Mohd Daud McKienzi serta dua anaknya iaitu Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie.
ALAMI JANGKITAN KUMAN DI USUS
Sementara itu, dalam hantaran terbaharu Lana ada berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Dia disahkan mengalami jangkitan kuman di bahagian usus sehingga mengalami sakit perut yang kronik.
Menurut pemilik nama penuh Mazlina Hassan Nodin ini, kesihatannya mula terjejas sejak beberapa hari lalu yang berkemungkinan berpunca daripada keracunan makanan.
“Saya dah alami ini (sakit) tiga, empat hari. Baru hari ini ada tenaga nak bercakap. Saya disahkan doktor mengalami jangkitan pada usus, salah makan atau keracunan makanan saya tak tahu.
“Saya masih di sini, di hospital. Tak boleh bangun kerana bengkak usus,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.
Dalam perkongsian sama, Lana Nodin turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada media mahupun rakan-rakan artis yang ingin tahu tentang perkembangan dirinya.
Pun begitu, Lana Nodin menitipkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.
“Salam Semua.. terima kasih atas semua message dan call dari rakan-rakan artis dan juga rakan-rakan media. Kalau Lana tak sempat nak reply maaf Lana masih berehat.
“Terima kasih atas doa-doa dari sahabat-sahabat dan rakan artis dan rakan media dan juga peminat-peminat saya. Insyallah doakan saya cepat-cepat sembuh. Amin”
Semoga Lana Nodin cepat sembuh serta istiqamah bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
Untuk info, Lana Nodin dan David mula mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di SINI
Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah mengakui seronok dan menyukainya apabila disapa sebagai ‘Puan’ oleh orang ramai.
Telah selamat bernikah kepada cinta hatinya iaitu Wan Emir Astar pada 3 September lalu, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah itu telah mendedahkan di laman instagramnya bahawa dia rasa lebih dihargai apabila dipanggil dengan gelaran tersebut.
Puan Amirah. Idk, but somehow I love and appreciate when people greet me as ‘Puan’. I’m used to it, and I love it. 🥰
Memilih busana kebaya berona merah, ramai yang memuji penampilannya itu yang dikatakan semakin berseri selepas bergelar isteri.
Tak pernah tak cantik apabila melihat penampilan Mira Filzah ini. Moga dia terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta di samping terus maju dalam kariernya. Amin!
Download seeNI sekarang!
Sewaktu musim puasa ini, ramai nampaknya yang membuat sendiri kuih onde-onde atau ada yang memanggilnya buah melaka di rumah.
Memang nampak senangkan tapi ada kalanya onde-onde yang dibuat itu tidak jadi seperti yang diharapkan. Hmm kenapa jadi macam ni? Kalau nak tahu apa kesalahan yang mungkin kita lakukan, jom kita lihat tip yang dikongsikan ini.
Bahan utamanya iaitu jenis tepung haruslah betul. Jangan tertukar ya.
Kesian tengok pada yang buat onde-one atau buah melaka. Ada yang tak jadi, tertukar tepung, ada keras, ada yang liat 😂… Takpa, jom kita kongsi sama-sama , senang je tengok gambar saya share ni dah boleh follow, yang penting guna tepung pulut ye, bahan pun tak banyak
✅Tepung pulut
✅Air daun pandan
✅Gula melaka
✅ Kelapa parut da gaul garam sikit.
Nk buat banyak atau sikit ,sukatan pandai-pandai agak ye.. good luck 😋🥰
Sumber : Zariah Zamaludin Zariah Zamaludin
Download seeNI sekarang!
Saat paling malas untuk bangun adalah ketika bangun awal pagi untuk bersiap pergi kerja. Lebih-lebih lagi jika ia adalah pada hari Isnin yang sering kita gelar Monday Blues.
Jika ingin menjadi pekerja yang produktif jangan sesekali kita liat untuk bangun pagi. Kata orang bangun awal pagi rezeki cepat masuk.
Sebaiknya selepas mandi dan solat subuh terus bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Tidak salah datang awal ke pejabat kerana pelbagai perkara kecil boleh diselesaikan ketika itu.
Admin nak kongsi beberapa perkara yang membahagiakan jika melakukan beberapa perkara ini sebaik bangun tidur. Ayuh, kita amalkan!
Jangan Tutup Alarm
Biasanya sebaik bunyi alarm pada jam atau telefon kita akan segera memastikannya. Rasa malas dan lelah membuat kita secara spontan menunda dering alarm tersebut. Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan kerana boleh memberi efek negatif sepanjang hari Anda. Ini kerana jika kita tunda alarm dan kemudiannya bangun, tubuh akan terasa lesu untuk bersiap ke pejabat.
Mandi Dengan Air Hangat
Mandi dengan air hangat memang terasa menyenangkan dan menenangkan. Apalagi jika dilakukan setelah usai bekerja. Rasa penat dan lelah akan beransur pergi. Tetapi berbeza jika kita amalkannya ketika bangun daripada tidur. Air hangat ini sebenarnya akan membuatkan anda rasa tidak bermaya dan kurang energi. Jadi mandi sahaja dengan air sejuk, confirm akan terasa kesegarannya.
Elak Minum Kopi
Bukan sepanjang pagi tidak boleh minum kopi. Tetapi seeloknya sebaik bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Jika Anda meminum kopi terlalu pagi, maka hanya akan membuat hormon kortisol tak berfungsi maksimal.
Berhenti Check E-mel
Jangan sesekali sebaik bangun terus check e-mel kerana hanya akan menyebabkan mood terganggu. Ada kalanya e-mel yang masuk membuatkan anda kurang ada mood untuk keluarga bekerja. Lagi-lagi e-mel berbentuk suruhan. Silap hari bulan anda terus tak datang kerja.
Jangan Gatal Buka Media Sosial
Ini lagi satu jangan diamalkan sebaik bangun tidur. Anda akan terasa leka di tempat tidur dab hanya akan melambatkan masa bersiap. Gara-gara terlalu memantau media sosial menyebabkan anda lewat ke tempat kerja. Ini sudah tentu akan menimbulkan masalah disiplin. Telah terbukti juga bahawa sosial media mampu menimbulkan rasa cemas, dan menimbulkan rasa depresi.
Download seeNI sekarang!