Salah cetus tanda tanya selepas padam kaitan dengan Liverpool di media sosial

Salah cetus tanda tanya selepas padam kaitan dengan Liverpool di media sosial


MOHAMED Salah mencetuskan spekulasi selepas memadam semua kaitan kepada Liverpool di akaun X miliknya, tidak lama selepas The Reds meraih kemenangan 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt.

Penyerang Mesir itu diletakkan di bangku simpanan oleh pengendali Arne Slot buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara, selepas turut tidak tersenarai dalam kesebelasan utama ketika menentang Galatasaray bulan lalu.

Dalam aksi menentang Frankfurt itu, Liverpool turun dengan formasi 4-4-2 tanpa kelibat Salah, apabila Alexander Isak dan Hugo Ekitike digandingkan buat kali pertama di bahagian serangan.

Sementara itu, Federico Chiesa dimasukkan menggantikan Isak yang mengalami kecederaan pangkal paha pada separuh masa pertama.

Salah hanya dimasukkan pada minit ke-74 bagi menggantikan Ekitike, beberapa minit selepas Liverpool menjaringkan gol kelima dan terakhir mereka.

Walaupun hanya beraksi selama 16 minit, bintang Mesir itu tetap mencatatkan tiga percubaan ke arah gol — jumlah tertinggi bersama Ekitike dalam perlawanan tersebut.

Namun, Salah tetap menerima kritikan apabila memilih untuk membuat percubaan sendiri dalam satu situasi menarik berbanding melorongkan bola kepada Florian Wirtz yang berada di posisi lebih baik untuk menjaringkan gol mudah.

Prestasinya sejak awal musim turut menjadi topik perdebatan dalam kalangan penganalisis bola sepak, dengan ramai mempersoalkan tempatnya dalam skuad Slot selepas mempamerkan aksi di bawah prestasi sebenar.

Setakat ini, Salah hanya mencatat tiga gol dan tiga bantuan jaringan dalam 12 penampilan, selain dilihat semakin kerap ‘hilang’ dalam perlawanan serta gagal menyempurnakan beberapa peluang besar — sesuatu yang jarang berlaku kepadanya.

Tekanan terhadap Salah semakin meningkat selepas Liverpool tewas empat perlawanan berturut-turut iaitu kali pertama sejak tahun 2014.

Selepas perlawanan menentang Frankfurt itu, peminat mula menyedari beberapa perubahan pada akaun X milik pemain berusia 33 tahun itu.

Salah dilaporkan memadam kaitan kepada Liverpool daripada bio akaunnya, yang sebelum ini tertulis “Footballer for Liverpool FC”.

Beliau turut menukar gambar profil dan gambar latar di platform media sosial berkenaan.

Sebelum ini, gambar profilnya memaparkan dirinya memegang trofi Liga Perdana Inggeris ketika pelancaran jersi baharu Liverpool bagi musim 2025/26. Gambar latar pula menunjukkan Salah menjulang piala semasa perarakan kemenangan di atas bas terbuka pada Mei lalu.

Namun kini, akaunnya tidak lagi mempunyai gambar latar, dan gambar profilnya telah diganti dengan foto dirinya bersama dua anak perempuannya ketika bercuti.

Ringkasan AI

  • MOHAMED Salah mencetuskan spekulasi selepas memadam semua kaitan kepada Liverpool di akaun media sosial X
  • Diletakkan di bangku simpanan oleh pengendali Arne Slot dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara berturut-turut
  • Masuk menggantikan Ekitike pada minit ke-74 dalam perlawanan menentang Eintracht Frankfurt
  • Menerima kritikan untuk membuat percubaan sendiri daripada melorongkan bola kepada Florian Wirtz yang berada di posisi lebih baik
  • Mempadam kaitan kepada Liverpool dari bio akaun X dan menukar gambar profil serta latar di platform media sosial



Source link

OR

Scroll to Top