Salah seperti Gerrard, Slot puji aksi luar biasa

Salah seperti Gerrard, Slot puji aksi luar biasa


Sunderland: Mohamed Salah terus mencipta sejarah apabila menyamai rekod assist terbanyak Liverpool dalam Liga Premier, selepas membantu Virgil van Dijk menjaringkan gol kemenangan 1-0 menentang Sunderland.

Jurulatih Liverpool Arne Slot, tidak mampu menahan diri untuk memuji Salah yang mempamerkan aksi luar biasa menerusi sepakan penjuru untuk Van Dijk menanduk masuk gol pada minit ke-61.

“Dia memiliki begitu banyak rekod untuk kelab ini, dan assist ini menunjukkan betapa hebatnya dia. Steven Gerrard pun terpaksa berkongsi rekodnya dengan Mo. Saya harap Mo akan melepasi rekod itu suatu hari nanti,” kata Slot.

Kemenangan iitu turut menamatkan rekod tanpa kalah Sunderland di laman sendiri musim ini, sekaligus mengangkat Liverpool ke tangga keenam, hanya dua mata di belakang Chelsea (kelima) dan tiga mata di belakang Manchester United (keempat).

“Ini sangat penting. Kami menunjukkan karakter dan kualiti permainan walaupun hanya dua hari berehat sebelum perlawanan sukar di tempat lawan.

“Prestasi keseluruhan dari segi kerja keras juga sangat baik,” tambah Slot.

Bagaimanapun, Slot menerima tamparan berikutan pemain Jepun, Wataru Endo, terpaksa diusung keluar separuh masa pertama. Endo menggantikan Conor Bradley dan Jeremie Frimpong yang cedera, manakala Dominik Szoboszlai menjalani penggantungan.

“Kami jangka keputusan tidak positif. Ini bukan kali pertama masalah berlaku di posisi pertahanan kanan. Kami terpaksa mencari penyelesaian untuk terus beraksi dengan baik,” kata Slot.

Dengan assist terbaru ini, Salah kini mengumpul 92 bantuan gol, menyamai legenda Anfield, Steven Gerrard, dan terus membina nama sebagai ikon kelab.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top