Perkongsian deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd mencuri perhatian ramai apabila memberi bayangan bahawa hubungannya bersama pelakon Emma Maembong telah berakhir selepas memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di media sosial.
Hubungan dah berakhir?

Menerusi hantaran di Threads, DJ Kidd berkata beliau ingin menjelaskan status hubungannya berikutan sering menerima pertanyaan orang ramai mengenai pasangannya setiap kali berada di mana-mana.

“Salam satu Malaysia, di sini saya nak memaklumkan di mana saja saya berada orang selalu tanya di mana pasangan saya. Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama beliau,” ciapannya, hari ini.
Dalam kenyataan sama, DJ Kidd berharap penjelasan itu dapat menghentikan segala persoalan berhubung hubungan mereka selepas ini.
Dia pada masa sama turut mendoakan kebahagiaan bekas pasangannya itu walau dengan siapa sahaja wanita tersebut bersama pada masa akan datang.

“Saya harap tiada lagi persoalan selepas ini dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua beliau bersama. Amiin,” katanya lagi.
Perkongsian itu turut disertakan dengan tanda pagar #MAMAK takkan padam, namun DJ Kidd tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahan tersebut.
Terdahulu, tular dakwaan bahawa pelakon Emma Maembong memasuki kelab malam untuk berhibur.

Artikel lain: Dj Kidd kongsi cara tenangkan wanita senggugut – “Kalau dia nak rumah, belikan sahaja”
Difahamkan, individu yang dikaitkan rapat dengan Emma, DJ Kidd kemudiannya tampil memberi penjelasan bahawa kehadiran pelakon tersebut adalah bagi memberi sokongan kepadanya yang sedang bertugas sebagai deejay di kelab malam berkenaan.
Emma juga telah menjelaskan kehadirannya ke kelab malam tersebut adalah bagi tujuan penggambaran video muzik selain mahu melihat DJ Kidd bekerja.
Sumber: Threads djkidd_official






