Saling tidak mengikuti akaun Instagram – Kenapa dengan Zizi Kirana, Yusuf Bahrin?

Saling tidak mengikuti akaun Instagram – Kenapa dengan Zizi Kirana, Yusuf Bahrin?

Saling tidak mengikuti akaun Instagram – Kenapa dengan Zizi Kirana, Yusuf Bahrin?


PETALING JAYA: Nama pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin mula menjadi sebutan hangat selepas dipercayai tidak lagi saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Tindakan kedua-dua pasangan itu sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangga mereka.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, Zizi juga dilihat kerap memuat naik beberapa perkongsian yang penuh dengan kata-kata tersirat di aplikasi Threads sejak Jun lalu.

Menerusi perkongsian Zizi yang bertarikh 26 Jun lalu, dia turut memberi gambaran bahawa dirinya kini diuji dengan fasa sukar selain berkongsi petikan maksud ayat daripada Surah At-Tawbah yang berkaitan dengan reda Ilahi.

“Tahun ini kita diuji, kita jatuh, tapi Allah masih beri kita peluang. Alhamdulillah , walau tak semua faham perjalanan kita, Allah tak pernah jauh.

“Ya Rabb, Ampuni yang lepas, redhai yang akan datang, dan jangan biarkan aku lalui semuanya tanpa-Mu.

“Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan rahmat dan keredhaan-Nya…(At-Tawbah: 21),” tulisnya.

Sebelum itu, penyanyi lagu Eh tersebut turut memaklumkan dirinya telah berpindah ke sebuah kediaman baharu yang dikatakan lebih tenang dan sunyi sekali gus mewujudkan pelbagai dakwaan.

Malah, Zizi turut memuat naik perkongsian seolah memberi gambaran bahawa dirinya sedang berusaha untuk meletakkan batas untuk sesuatu perihal yang tidak dinyatakan dengan jelas.

“Aku belajar tidak menutup pintu sepenuhnya, tapi juga tidak membukanya untuk semua. Ada hal-hal yang cukup disentuh daripada kejauhan,” kiasnya.

Meskipun ada yang mendakwa rumah tangga mereka sedang dilanda badai, pasangan tersebut bagaimanapun masih lagi menyimpan foto indah bersama yang pernah dikongsikan di ruangan perkongsian Instagram.

Pun begitu, pasangan itu juga sudah jarang berkongsi foto bersama seperti sebelumnya.

Untuk info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top