Sam tak mahu berlakon sentuh-sentuh lagi

Sam tak mahu berlakon sentuh-sentuh lagi


Kuala Lumpur: “Kalau disuruh buat babak macam itu lagi sekarang, saya tak akan buat,” kata pelakon popular, Shaheizy Sam, 42, yang tidak mahu lagi melakonkan babak mesra dan bersentuhan dengan wanita selepas ini.

Sam berkata, filem terbarunya, Indera yang menjalani penggambaran empat tahun lalu adalah yang terakhir dia melakonkan babak sedemikian.

“Waktu itu fikiran saya lain. Saya nak jujur dalam kerja dan nak bagi lakonan tu nampak ‘best’, seronok dan memberi. Namun, fikiran saya sekarang ini, tak perlu buat macam tu pun,” katanya pada malam gala dan sidang media filem Indera, semalam.

Ditanya adakah dia menyesal melakonkan watak sedemikian, Sam berkata, dia tidaklah menyesal kerana ia bukanlah sesuatu yang terlalu hingga menjejaskan kerjayanya.

“Dulu saya anggap ia hanya kerja, tapi bila kita dah tahu hukum-hakam, takkan nak jadikan alasan kerja lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Sam turut memahami perasaan isterinya yang juga pelakon, Syatilla Melvin walaupun isu itu tidak pernah dibangkitkan.

Sementara itu, filem Indera arahan Woo Ming Jin adalah filem ‘psycho-thriller’ berlatar belakangkan Tragedi Memali di Baling, Kedah pada 1985.

Selain Sam, ia turut dibintangi Azira Shafinaz, Ruminah Sidek dan Samara Kenzo yang akan ditayangkan di pawagam bermula esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top