“Sama-Sama Doakan Umai” – Saerah Sahkan Umairah Sudah Berhijab

“Sama-Sama Doakan Umai” – Saerah Sahkan Umairah Sudah Berhijab


Ibu kepada penyanyi Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai iaitu Siti Sairah mengesahkan anaknya kini telah pun berhijab.

Memetik Astro Gempak, Sairah berkata anaknya berhijab atas kehendaknya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak dan sebagai ibu dia bersyukur dengan keputusan Umai.

“Ya, Alhamdulillah. Umai mula bertudung atas kehendaknya sendiri. Apabila dia mula mengenakan tudung, dia kata dia lebih berasa tenang. Sebagai seorang ibu, tentunya saya sangat bersyukur dengan keputusan itu,” katanya.

Sementara itu, Siarah berkata anaknya tidak mahu mengumumkan perkara tersebut secara terbuka kerana mahu lakukan secara perlahan dan mereka sekeluarga mendoakan agar Umai terus istiqamah.

“Tidak ada sebab tertentu. Dia sendiri rasa sudah bersedia. Beberapa hari sebelum itu, dia mula memakai tudung setiap kali keluar rumah.

“Saya sempat bertanya sama ada dia benar-benar mahu bertudung, dan dia jawab ya, dia memang mahu.

“Apabila saya mendengar keputusan Umai, pastinya saya terharu. Tiada ibu yang tidak mahu melihat anak perempuannya menutup aurat. Saya sendiri berusaha untuk istiqamah bersamanya supaya dia terus kuat,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top