Pelakon Datin Atikah Suhaime menerima kejutan daripada suaminya usahawan Datuk Lokman Teh yang menghadiahkan sejambang bunga wang tunai RM10,000 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.
Menerusi perkongsian di Instagram, Atikah berkata sebelum ini ramai yang berpesan untuk berkahwin awal dan kini dia merasai kemanisan alam rumah tangga.
BACA: Atikah Suhaimi Terkilan Niat Baik Rai Hari Jadi Dengan Anak Yatim Dipertikai
“Dulu orang selalu pesan suruh kahwin Sebab best. Tapi tak tahu pula best sampai tahap macam ni ?. I love you so much babyyyyy,” tulisnya.
Dalam video berkenaan, Atikah turut berkongsikan momen sebelum mereka berkahwin apabila Lokman pernah menghadiahkan sejambak bunga mawar merah buatnya.
Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh kini berusia setahun.






