Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa marah susulan tindakan dua pemandu didakwa memandu secara bahaya sehingga mengorbankan pengguna jalan raya lain.
Menerusi perkongsian di Threads, Kamal menyifatkan tindakan berlumba di jalan raya adalah tindakan bodoh sehingga orang tidak bersalah hilang nyawa.
BACA: “Terima Kasih Ibu Siapkan Baju Kurung Lawo” – Kamal Adli Gembira Beraya Dengan Hawra

Dalam hantaran berkenaan, Kamal turut mendoakan agar mereka yang meninggal dunia ditempatkan bersama orang-orang beriman.
“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila! Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya.
Hantaran Kamal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa marah di atas apa yang berlaku.
Polis menahan polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek dipercayai memandu sebuah Mercedes-Benz A250 secara laju dan melulu bersama sebuah BMW 530e yang dipandu abangnya.
Kemalangan dipercayai berpunca apabila BMW 530e terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan lain iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira serta sebuah lagi Mercedes-Benz.
Pemandu BMW 530e dilaporkan maut, turut terkorban pemandu Toyota Vios lelaki berusia 36 tahun, isterinya berusia 33 tahun, seorang wanita berusia 73 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.






