Samsung Galaxy S26 Series perkasa era telefon pintar AI

Samsung Galaxy S26 Series perkasa era telefon pintar AI


DALAM tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, peranan telefon pintar telah berevolusi daripada sekadar alat komunikasi kepada pusat pengurusan kehidupan digital yang serba pintar.

Menyedari perubahan itu, Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy S26 Series dengan mempertaruhkan Agentic AI sebagai tunjang utama.

Inovasi ini bukan sekadar penambahbaikan perisian, malah menetapkan standard baharu menerusi integrasi harmoni antara perkakasan berkuasa tinggi dan kecerdasan buatan (AI) yang lebih intuitif.

Berbeza dengan sistem responsif tradisional, Agentic AI dalam Samsung Galaxy S26 Series ini mampu memahami konteks serta bertindak secara proaktif mengikut rutin harian pengguna.

Integrasi pintar melalui Galaxy Genie

Nadi kepada kepintaran siri ini terletak pada One UI yang digerakkan oleh AI berasaskan peranti (on-device AI).

Melalui Galaxy Genie, peranti kini berfungsi secara proaktif dengan menawarkan ringkasan masa nyata, terjemahan segera serta cadangan kontekstual.

Keunggulan teknologi ini memastikan pemprosesan data dilakukan secara lokal. Ini bukan sahaja menjamin kepantasan respons, malah memperkukuh privasi data peribadi pengguna.

Selain itu, One UI kini lebih dinamik dengan ciri predictive multitasking yang mampu menjangka aplikasi seterusnya, serta menyaring notifikasi agar lebih teratur dan relevan.

Bagi pengguna tegar produktiviti, alat bantuan AI dalam Notes, Calls dan Gallery kini memudahkan tugas harian seperti merumus perbualan atau menyusun idea dengan lebih sistematik.

Interaksi harian menjadi lebih lancar dan tersusun seolah-olah memahami keutamaan pemiliknya.

Fotografi tahap profesional, prestasi permainan digital

Samsung Galaxy S26 Series turut melonjakkan standard fotografi mudah alih. Penggunaan sensor lebih besar dan optik yang diperhalusi membolehkan rakaman imej tampil lebih tajam dengan perincian yang kaya.

Bagi Galaxy S26 Ultra, keupayaan telefoto yang dinaik taraf membolehkan rakaman jarak jauh kekal lebih jelas.

Manakala untuk videografi malam, teknologi pengurangan hingar berasaskan AI dan pemprosesan motion-aware menjanjikan visual yang lebih cerah dan stabil walaupun dalam kondisi cahaya rendah.

Kamera dalam siri ini bukan sekadar alat merakam, malah menjadi platform kreatif menyeluruh yang membolehkan pengguna mengubah suasana gambar, membaiki bahagian tertentu atau menggabungkan beberapa foto menjadi satu komposisi melalui arahan ringkas.

Proses suntingan menjadi lebih intuitif dan mesra pengguna tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.

Dalam aspek keselamatan, skrin privasi boleh suai diperkenalkan bagi melindungi kandungan sensitif terutama ketika berada di ruang awam atau persekitaran kerja.

Pengguna boleh mengehadkan sudut tontonan atau mengaktifkan mod paparan lebih diskret mengikut situasi.

Dari sudut prestasi, pemproses generasi baharu dengan pengoptimuman grafik menawarkan pengalaman permainan yang lebih responsif.

Pengurusan haba yang lebih cekap memastikan prestasi kekal stabil dalam penggunaan berpanjangan.

Paparan AMOLED kadar segar semula tinggi pula memberikan visual yang lebih lancar manakala sistem kawalan kuasa pintar membantu mengekalkan prestasi konsisten tanpa menjejaskan kecekapan bateri sepanjang sesi penggunaan yang lebih lama.

Tawaran pra tempah eksklusif

Bersempena pelancaran ini, tempoh pra tempah dibuka bermula 26 Februari 2026 jam 2.00 pagi hingga 10 Mac 2026 jam 11.59 malam dengan tawaran bernilai sehingga RM1,200.

Antara promosi yang ditawarkan termasuk naik taraf storan berganda bernilai sehingga RM800 bagi model terpilih tertakluk kepada had maksimum RM800.

Pengguna juga boleh menikmati penjimatan tambahan sehingga RM400 menerusi Samsung Rewards Points Booster apabila menebus mata ganjaran untuk pembelian di Samsung Online Store dan aplikasi Shop.

Selain itu, kempen beli lebih jimat lebih menawarkan diskaun sehingga 10 peratus bagi pembelian terpilih Galaxy Tab, Galaxy Watch dan Galaxy Buds dalam transaksi yang sama dengan had maksimum dua unit.

Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top