“Sanah Helwah To My Cute Pondati” Genap Usia 39 Tahun, Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI – Hijabista

“Sanah Helwah To My Cute Pondati” Genap Usia 39 Tahun, Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI – Hijabista

Tahun ini genaplah usia penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi yang ke 39 tahun.

Kredit Foto: nurhelizahelmi

Sempena ulangtahun kelahirannya itu, Heliza atau panggilan mesranya Kak Ja memuat naik beberapa hantaran di Instagramnya.

Syukur

Salah satu hantaran yang menarik perhatian ialah titipan kata-kata hikmah buat para pengikut dan peminat termasuk dirinya sendiri agar mensyukuri nikmat usia yang dipinjamkan oleh Allah SWT.

Kredit Foto: nurhelizahelmi

Menurut Heliza, setiap kali meningkatnya usia dia merasa berdebar-debar dan bimbang dengan amalan yang tidak cukup untuk dipersembahkan kepada Maha Pencipta.

“3hb Februari

“ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING

“Setiap kali nak menginjak ke umur yang baru, perasaan mesti berdebar-debar. Sebab tau umur makin meningkat tapi amalan tak ada apa nak dibawa nak dipersembahkan kepada ALLAH

“Dosa bertimbun-timbun.. Ya ALLAH.. takut sangat bila fikir hari bakal bertemu Ilahi… apalah pengakhiran nanti kan…”

Pengakhiran Yang Baik

Tidak ketinggalan,Heliza turut mendoakan dirinya serta para pengikut dan peminat agar diampunkan dosa dan dikurniakan pengakhiran hidup yang baik.

“Doa untuk diri sendiri dan semua moga kita semua diampunkan dosa dan mendapat husnul khotimah dan bersama-sama semuanya di Jannatul Firdaus tanpa hisab tanpa azab.

“Walaupun tak layak namun kita hambaNya yang sangat berharap.”

Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman turut berterima kasih kepada semua yang menitipkan ucapan dan doa buat dirinya.

Kredit Foto: mahadibz

“Jazakumullahu khayr atas semua wish dan doa buat semua. Didoakan kembali yang baik-baik buat kalian. Aamiin.”

Menjengah ke Instagram suami Heliza, DS Datuk Seri Mahadi turut menitipkan kata-kata ‘sweet’ namun penuh bermakna buat isteri tercintanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahadi BZ (@mahadibz)

“Sanah Helwah to my cute pondati..

“Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan dan kebahagiaan dalam setiap langkah hidupmu.

“Terima kasih kerana menjadi insan yang penuh kesabaran, kekuatan, dan sentiasa memberi semangat kepada kita dan keluarga.

“Semoga Allah memudahkan segala urusanmu, segala impianmu tercapai, serta dikurniakan kesihatan dan ketenangan jiwa yang berpanjangan. Teruslah menjadi dirimu yang penuh kebaikan dan inspirasi.

“Semoga hari ini dan hari-hari mendatang membawa lebih banyak kegembiraan untukmu dan kita berdua. Happy bornday!!”

Kredit Foto: mahadibz

Pada 1 Januari 2025 lalu, Heliza dan suami meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2022.

Semoga Heliza sentiasa dirahmati Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia bersama tersayang serta dimudahkan segala urusan.

BACA JUGA: “Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan

 

 

The post “Sanah Helwah To My Cute Pondati” Genap Usia 39 Tahun, Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top