“Sanggupkah Tanggung Dosa Sepanjang Masa?” – PU Syed Tegur Pelakon Tanggal Tudung

“Sanggupkah Tanggung Dosa Sepanjang Masa?” – PU Syed Tegur Pelakon Tanggal Tudung


Pendakwah bebas PU Syed tampil memberikan teguran terhadap seorang pelakon wanita susulan tindakannya menanggalkan tudung.

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed tegaskan menutup aurat adalah satu kewajipan bukan pilihan walaupun menjaga ibadah lain seperti solat.

BACA: “Jika Ibu Kandungnya Masih Ada, Sudah Pasti Auratnya Lebih Terjaga” – PU Syed

“Kalau ayah faham, kita tinggalkan tudung, tapi solat jaga. Alhamdulillah. Syukurlah Allah, satu tanggungjawab itu kita sempurna dengan jaga ibadah solat.

“Tapi dengan kita mencabut tudung, mendedahkan aurat itu satu perbuatan yang haram yang sepatutnya kita sendiri kena faham. Bukan perlu orang lain faham.

“Kita sendiri perlu tahu bahawa kefarduan yang telah ditetapkan kepada seorang Muslim yang telah akil baligh, mesti mereka menutup aurat,” katanya.

PU Syed turut mempersoalkan adakah seseorang itu sanggup menanggung dosa secara berterusan apabila mendedahkan aurat kepada umum.

“Jadi, sanggupkah kita menanggung dosa sepanjang masa kita dedahkan aurat tersebut, dilihat oleh orang. Dan kita rasa tak bersalah kepada Allah SWT?

“Kepada adik ini, tolonglah faham mana yang perlu kita utamakan dalam hidup iaitu perintah dan larangan Allah. Itulah syarat seorang Islam.

“Dan kita ni kena sabar dalam melaksanakan ibadah. Sabar ini bukan sabar kalau kena uji oleh Allah. Tapi salah satu sabar dalam melaksanakan perintah Allah. Kena sabar,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top