Santos kembali ke liga teratas Brazil

Santos kembali ke liga teratas Brazil


Santos kembali ke saingan teratas Brazil selepas setahun, menamatkan sesi gelap kelab yang melahirkan legenda Brazil, Pele itu. – Foto: Agensi

GERGASI Brazil, Santos kembali semula ke saingan Serie A Brazil dengan status pendahulu Serie B selepas menang 2-0 ke atas Coritiba dalam aksi di Estadio Couto Pereira, pada Selasa

Kelab yang melahirkan legenda Brazil, mendiang Pele memperoleh kembali slot liga teratas Brazil selepas setahun berada dalam saingan tahap dua negara berkenaan.

Santos, yang meraikan ulang tahun ke-112 penubuhan awal tahun ini, diturunkan ke Serie B Disember selepas tewas 1-2 kepada Fortaleza pada pusingan akhir perlawanan.

Gol separuh masa pertama Wendel (m-20) dan Romulo Otero (m-41) di laman lawan itu membolehkan Santos melebarkan rentak kemenangan ke-20 kejuaraan Serie B berkenaan.

Tiga mata diraih itu menyaksikan Santos memiliki 68 mata kelebihan lima mata mengatasi pesaing terdekat Mirassol (63 mata) dalam Serie B dengan berbaki dua perlawanan lagi.

“Kegembiraan apabila dapat mencipta sejarah. Satu penghormatan dan kegembiraan kepada seluruh warga kelab Santos.

“Sesungguhnya, tahun tahun yang sukar, namun penyokong-penyokong setia berhak mendapatnya, setiap kakitangan di pusat itu, lembaga pengarah,” kata penyerang, Guilherme.

Sebagai rekod, Pele membantu Santos berpangkalan di bahagian bandar pantai itu menjadi antara kelab paling berpengaruh pada 1950-an dan 1960-an apabila memenangi 10 kejuaraan liga negeri dan enam Brazil.

Selain Pele, Santos juga bertanggungjawab melahirkan ramai pemain elit seperti Neymar, Robinho dan Rodrygo (Real Madrid).



Source link

OR

Scroll to Top