KUALA LUMPUR: Filem Imaginur dinobat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi.
Kejayaan Imaginur mengulang kembali sejarah kemenangan pengarahnya, Nik Amir Mustapha, untuk filem KIL sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-26 pada 2013.
“Terima kasih para juri, FINAS dan penonton. Tanpa penonton yang sokong, filem kita tidak akan sampai ke tahap ini.
“Tidak dilupakan media, blogger. Benarlah promosi mulut ke mulut sangat membantu.
“Terima kasih kepada calon yang lain, kami sangat bangga dengan anda semua hari ini,” ujar Nik Amir.
Imaginur melayakkan produksinya, Lumatic Films membawa pulang trofi dan insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.
Selain itu Imaginur turut menggondol tujuh kategori lain seperti Lagu Tema Terbaik (Hasrat), Penataan Seni Terbaik – (Rabbani Sujak), Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Bersaing hebat dalam kategori yang sama ialah wakil filem Malaysia ke Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 (Oscar) Abang Adik diikuti Duan Nago Bogho, Sheriff: Narko Integriti, Mechamato Movie, Hungry Ghost Diner dan Rain Town.
Bertemakan EMAS (Evolusi Sinema Malaysia), FFM33 menerima 104 penyertaan dengan 95 pencalonan layak bertanding yang merangkumi 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari.
Diacarakan oleh Datuk AC Mizal, FFM33 disiarkan secara langsung menerusi TV2.
Senarai pemenang FFM33:
Dokumentari Terbaik – Stereo Pixels Sdn Bhd – Pekik
Filem Pendek Terbaik – Wayang Works Sdn Bhd – The Missing Trophy
Poster Terbaik – Layar Pictures Sdn Bhd – Walid
Rekaan Kostum/Busana Terbaik – Elaine Ng – Abang Adik
Tatarias/Solekan Terbaik – Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng – Abang Adik
Lagu Tema Terbaik – Komposer/Lirik/Penyanyi – Amir Jahari – Hasrat
Skor Muzik Asal Terbaik – Jackey Yow – Malbatt: Misi Bakara
Kesan Khas Visual Terbaik – Viper Studios Sdn Bhd – Sheriff
Penataan Seni Terbaik – Rabbani Sujak – Imaginur
Penataan Bunyi Terbaik – Nizam Razak – Mechamato Movie
Penyunting Terbaik – Johan Arif Mazlan – Imaginur
Sinematografi Terbaik – Rahimi Maidin – Sheriff
Lakon Layar Terbaik – Jin Ong – Abang Adik
Cerita Asal Terbaik – Redza Minhat & Nik Amir Mustapha – Imaginur
Pelakon Wanita Harapan – Trisha Ooi – Janna Endoro
Pelakon Lelaki Harapan – Aniq Durar – Pagari Bulan
Pengarah Harapan – Jin Ong – Abang Adik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Qisya
Hairulzain – Magik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elizabeth Tan – Sheriff
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Jack Tan – Abang Adik
Pelakon Wanita Terbaik – Susan Lankester – Rain Town
Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy – Imaginur
Pengarah Terbaik – Nik Amir Mustapha – Imaginur
Filem Terbaik – Imaginur – Lumatic Films Sdn Bhd
Anugerah Khas – Box Office – Sheriff
Anugerah Khas Juri 1 – Naam Katra Isai
Anugerah Khas Juri 2 – Duan Nago Bogho
Anugerah Khas Karyawan – Indera Che Muda
Anugerah Khas Sepanjang Zaman – A Galak