Sasikumar nadi utama Manjung City

Sasikumar nadi utama Manjung City



sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Manjung City FC, Rafae Isa melihat pemain tengah mereka, Sasikumar kini sudah kembali ke prestasi terbaiknya sekali gus menjadi nadi penting buat pasukan itu mendapatkan keputusan positif dalam saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank musim ini.

Jelasnya, dua perlawanan terakhir, pemain itu berjaya memberikan aksi cemerlang terutama dalam perlawanan menentang Harini FT bagi membantu pasukan Manjung City mencatatkan kemenagan besar 5-2 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, semalam (kelmarin).

“Ya, betul sebelum itu dia dia kena kad merah (lawan PIB Shah Alam), kemudian semasa lawan UiTM United, dia ada alami sedikit kecederaan bahagian belakang dan sekarang dia kembali kepada Sesikumar yang dulu.

“Perlawanan semalam (kelmarin) dia pun dapat bentuk keserasian yang baik bersama Ikmal Hakim di bahagian tengah. Saya nampak permainan dia sangat ok dan dia pun dapat pemain terbaik dalam perlawanan ini (menentang Harini FT),” katanya.

Selain itu, beliau berharap barisan pertahanan dapat mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan mengurangkan segala kesilapan mudah yang boleh memberikan pasukan lawan mendapatkan jaringan.

Katanya, dua gol pasukan pelawat semalam berpunca dari kesilapan pemainnya sendiri yang boleh diatasi daripada dibolosi di penghujung perlawanan.

“Saya tengok bila kita sudah mendahului, pemain sudah rasa macam kita selesa dalam keadaan macam itu, jadi fokus mereka hilang. Kesilapan dari ketua pasukan saya yang ‘miss kick’ dan penalti yang diberikan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top