Kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut akibat jangkitan kuman pada September lalu, pelawak veteran Sathia berkata dia menerima banyak tawaran berlakon.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 61 tahun itu berkata dia gembira kerana masih menerima banyak tawaran serta terharu dengan sokongan diterima daripada rakan artis.
BACA: Sathia Reda Kaki Kiri Dipotong
“Keadaan saya sangat bagus sekarang ni dan sangat gembira sebab banyak dapat tawaran berlakon, ada filem dan drama juga.
“Pihak produksi tidak kisah walaupun saya sudah tiada kaki kerana mereka (pihak produksi) cuma mahukan wajah saya untuk menghiburkan semua peminat.
“Ramai yang tolong saya dan syukur sebab yang tolong tu semua kawan-kawan juga,” katanya.
Terdahulu, Sathia berkata meskipun ujian tersebut agak berat namun Sathia tetap tenang kerana ada keluarga dan sahabat disisinya.
Sumber: mStar Online






