Sathiya gembira akhirnya pulang ke rumah

Sathiya gembira akhirnya pulang ke rumah


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelawak veteran, Sathiya dibenarkan pulang selepas 23 hari dirawat selepas menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat diabetes.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Amani Nair sambil memberitahu bapanya terpaksa menjalani pembedahan di kaki sama sekali lagi bagi membuang darah beku.

“Hari ini, ayah dah dibenarkan pulang ke rumah selepas 23 hari dirawat di hospital. Sebelum ini, darah putihnya tinggi, jadi keadaan kesihatannya ada naik turunnya.

“Sabtu lalu, ayah ada menjalani satu lagi pembedahan di bahagian kaki sama sebab ada darah beku. Jadi, pembedahan itu untuk buang darah beku,” katanya.

Menurut Amani, bapanya kelihatan sangat teruja apabila dibenarkan pulang.

“Dia memang sangat gembira dapat balik rumah dan berjumpa dua cucunya. Balik rumah terus peluk cium cucu,” katanya.

Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy, antara pelawak popular tanah air sejak era 90-an dan pernah membintangi pelbagai program komedi serta drama televisyen antaranya Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top