Satu lagi PPS dibuka di Kulim

Satu lagi PPS dibuka di Kulim


am@hmetro.com.my

Kulim: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah ini untuk menempatkan mangsa yang terjejas banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Alif Ahmad berkata, PPS kedua dibuka di Dewan Kampung Paya Tok Betok yang baru sahaja dibuka.

Beliau berkata, PPS itu menempatkan mangsa banjir di kawasan kampung Sungai Ular yang dinaiki air.

“Operasi memindahkan mangsa masih dilakukan setakat ini dan jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas di daerah ini masih dalam bancian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, hujan lebat berterusan lebih dua jam hari ini menyebabkan empat kampung dan satu taman perumahan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Berikutan itu, sebuah PPS dibuka di Kampung Belakang Taman Sang Kancil yang menempatkan mangsa dari empat kampung dan sebuah Taman perumahan yang terjejas akibat banjir.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top