Satu slot separuh akhir sah milik beregu negara

Satu slot separuh akhir sah milik beregu negara

Satu slot separuh akhir sah milik beregu negara


saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Satu slot separuh akhir Terbuka China pasti menjadi milik Malaysia apabila dua beregu negara akan berentap sesama sendiri pada peringkat suku akhir, esok.

Gandingan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Christo Popov-Toma Junior Popov 21-17, 21-18 pada pusingan kedua, hari ini, sekali gus mara ke suku akhir.

Aaron Wooi Yik bakal bertemu pemenang membabitkan dua wakil negara iaitu Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang akan turun beraksi malam nanti untuk mengintai tiket ke suku akhir.

Pada aksi hari ini di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, Aaron-Wooi Yik memerlukan masa selama 35 minit untuk menewaskan wakil Perancis itu.

Tidak berdepan masalah memenangi set pertama, Aaron-Wooi Yik bagaimanapun ketinggalan di set kedua sebelum bangkit untuk meraih kemenangan multak.

Ia adalah pertemuan kali kedua mereka dan kedua-duanya dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik.

Bekas juara dunia itu tersingkir seawal pusingan pertama di dua kejohanan terakhir sebelum ini, iaitu di Terbuka Indonesia Jun lalu dan Terbuka Jepun minggu lalu.

Beregu utama negara itu kini meneruskan misi memburu gelaran keempat musim ini selepas sebelum ini merangkul kejuaraan di Kejohanan Badminton Asia, Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura.

Selain tiga kejuaraan itu, mereka juga muncul naib juara di Masters Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top