Penyanyi Asad Motawh menjadi perhatian apabila mendedahkan dia mempunyai keturunan Libya, Afrika Utara.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Asad berkata saudara maranya memiliki fizikal yang tinggi serta besar dan hanya bapanya memiliki tubuh yang lebih kecil.
BACA: Baru 21 Tahun Dah Beli Dua Rumah, Asad Motawh Tak Suka Menunjuk
“Sebenarnya saya ada keturunan Afrika, sebab Libya sebahagian daripada Afrika juga. Atuk dan saudara-mara saya semua berkulit gelap.
“Di kampung sana, memang semua saudara saya tinggi dan berbadan bidang yang besar. Sepatutnya, saya juga ada genetik itu juga.
“Tapi ayah saya seorang sahaja yang agak pendek, mungkin sebab dia tidak jaga diet pemakanan,” katanya.
Sementara itu, Asad berkata keluarganya di Libya mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang berbeza berbanding masyarakat di sini.
“Cara keluarga saya di sana jaga diet pemakanan agak berbeza dengan kita di sini. Semua jenis sumber makanan mereka di sana adalah daripada bahan semula jadi.
“Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mereka tanam sendiri. Susu juga mereka perah sendiri daripada lembu. Disebabkan ini juga la semua orang di sana mempunyai kulit yang cantik,” katanya.






