Anak kepada selebriti terkenal, Nur Fatima Aisya menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan momen menyambut Hari Kebudayaan di sekolah bersama ibu bapanya iaitu Nur Fazura dan Fattah Amin.
Menerusi hantaran di Instagram, Fatima berkongsikan rasa gembira dapat membanggakan kedua ibu bapanya dengan persembahan.
BACA: Ajar Mengaji, Fatima Panggil Fattah Amin ‘Ustaz Daddy’
“Saya mempunyai pengalaman paling bermakna pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy dan daddy
“Saya telah membuatkan ibu bapa saya begitu bangga dengan persembahan saya.
“Saya juga sempat menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah-buahan untuk daddy,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, Fatima juga teruja untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah pada tahun hadapan.
“Mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraf tangan saya di sekolah dan saya sangat teruja untuk belajar dengan lebih rajin sebagai persediaan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan. Alhamdulillah, terima kasih Allah,” tulisnya.






