“Saya Cuba Berubah Secara Perlahan-Lahan, Saya Dah Mula Beli Tudung” – Azeva

“Saya Cuba Berubah Secara Perlahan-Lahan, Saya Dah Mula Beli Tudung” – Azeva


Anak kepada penyanyi Ameng iaitu Azeva berkata dia menerima teguran bapanya secara terbuka mengenai penampilannya yang tidak berhijab.

Memetik mStar Online, Azeva berkata dia mengakui kesilapannya dan sedang berubah secara perlahan-lahan serta memohon maaf seandainya kecewakan bapanya.

BACA: “Walaupun Tak Pakai Tudung, Azeva Tak Pernah Tinggal Solat” 

“Saya nak cakap dekat papa (panggilan untuk Ameng) maaf kerana mengecewakan papa. Saya sangat bersyukur papa tegur pasal aurat. Saya tahu ia salah.

“Saya pun sebenarnya tengah mencuba. Kalau anda kenal saya dulu, saya tak menutup (berpakaian) seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Azeva berkata dia kini sedang dalam proses memperbaiki diri dan sudah mula membeli tudung.

“Saya cuba untuk berubah secara perlahan. Saya cuma harapkan anda semua doakan.

“InsyaAllah satu hari nanti. Saya pun dah mula beli tudung, kadan-kadang pakai juga sebab suka pakai jubah dengan tudung,”katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top