Usahawan dan model, Zahnita Wilson menegaskan perniagaan bakeri yang dijalankannya tidak ditutup seperti yang tular.
Menyedari pelbagai respons diterima dalam kalangan warganet, Zahnita berkata, kedai bakeri dan perniagaan pai yang diusahakannya sebelum ini berjalan lancar.
“Saya mahu jernihkan keadaan yang tular berkenaan posting saya semalam. Kedai bakeri saya berjalan seperti biasa dan tidak ditutup seperti yang tular.
“Pihak pengurusan juga berjalan lancar. Terima kasih banyak-banyak kepada pasukan saya,” katanya.
Mengakui apa yang berlaku adalah khilafnya sendiri, Zahnita menjelaskan, dia berasa ‘burnout’ dan memerlukan rehat yang mencukupi.
“Ia berkenaan saya. Saya hanya burnout dan saya tidak akan putus asa.
“Saya cuma perlukan sedikit masa untuk berehat daripada kerja-kerja saya dan hanya mahu mendapatkan tenaga saya semula,” jelasnya.
Perkara itu dikongsi Zahnita menerusi muat naik video di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, dia juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti memebrikan sokongan terhadapnya sebaik sahaja berita tersebut tular.
“Sekali lagi saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Termasuklah mereka yang hantarakan pesanan mesej,” ujarnya.
Sebelum ini, Zahnita, 40, mengejutkan ramai peminat dan pelanggan setianya apabila memuat naik perkongsian video memaparkan dirinya membuat keputusan untuk menutup kedai pai dan bakerinya yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN:Lima Bulan Beroperasi, Zahnita Wilson Umum Tutup Kedai Pai & Bakeri
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan Bisnes Bersuara Lagi! Suami Dakwa Zahnita Letak D*dah Dalam Makanan?
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?






