“Saya Dah Lama Nak Bebaskan Diri…Tuhan Permudahkan Urusan Saya” 

“Saya Dah Lama Nak Bebaskan Diri…Tuhan Permudahkan Urusan Saya” 

“Saya Dah Lama Nak Bebaskan Diri…Tuhan Permudahkan Urusan Saya” 


Pelakon Norreen Iman memuat naik hantaran luahan hatinya dimana dia memilih untuk mengutamakan diri sendiri.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Norreen berkata meskipun ada pihak yang memandang serong terhadap dirinya namun dia memilih teruskan kehidupan tanpa mengharapkan penerimaan daripada sesiapa.

BACA: “Saya Rasa Apa Yang Norreen Buat Terbaik Untuk Dirinya” 

“Suka atau tidak, kehidupan mesti diteruskan. Mungkin saya nampak seperti orang yang jahat sekarang tetapi tidak mengapa.  Saya tidak perlukan validasi dari sesiapa. Tetapi apa yang penting, saya dah bebas dari perkara yang buatkan saya tersekat dengan jerat cinta, tanggungjawab dan nilai diri,”tulisnya.

Sementara itu, Norreen berkata dia tidak mahu dianggap sebagai amngsa sebaliknya dilihat sebagai pejuang yang berjaya keluar dati situasi tidak pernah dihargai.

“Saya bukan mangsa tetapi saya adalah pejuang. Saya terselamat dari perkara yang buatkan saya seperti wanita bodoh. Saya rasa tak berguna, tak pernah dilihat dan tak pernah didengari. Tak pernah juga dihargai. 

“Satu perkara yang buatkan saya semakin kuat ialah saya perlu bekerja keras demi orang tercinta saya. Daripada seseorang yang struggle dan akhirnya sudah terselamat. Ianya tidak mudah tetapi saya berjaya harunginya,”katanya.

Dalam pada itu, Norreen berkata dia sudah lama mahu membebaskan dirinya dan meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan, kini dia memilih dirinya dan anak-anak.

“Saya dah lama nak bebaskan diri saya dan Alhamdulillah tuhan permudahkan urusan saya sebab saya nak pilih diri saya berbanding toksik.  Lupakan segala lebam, segala perkara yang ubah diri saya sampai saya tak jadi diri sendiri, segala bil psikiatri dan enablers.

“Saya pilih diri saya, anak-anak dan ibu. Biarkan saya beri tumpuan pada mereka. Segala kebisuan yang saya pendam selama ini, setiap tangisan dan fikiran setiap malam. 

“Saya sudah tidak mahu lagi. Saya tahu saya dah berubah secara drastik sekarang dan mungkin ia salah. Namun, saya akan jadi yang lebih baik, insyallah,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top