“Saya Dah Terlambat Ke Tok Abah?” – Komen Dr Afifah Undang Sebak

“Saya Dah Terlambat Ke Tok Abah?” – Komen Dr Afifah Undang Sebak


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik komen di satu hantaran pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Menerusi hantaran tersebut, Dr Fadzilah menitipkan nasihat supaya tidak melakukan sindir-menyindir dalam rumah tangga kerana ianya boleh merosakkan hubungan.

BACA: Nubhan Petik Nama Amber Heard Di IG Cetus Tanda Tanya

“Sindir-menyindir seseorang cuma menyemarakkan lagi api dalam perhubungan, Seeloknya, duduk semeja, bincang dan selesaikan,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian Dr Afifah Hidayah yang meninggalkan komen yang mengundang sebak di kalangan netizen.

“Tapi saya dah terlambat, terlambatkah Tok Abah”, katanya.

Komen Dr Afifah itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya serta bersimpati dengan ujian rumah tangga dilaluinya.

Terdahulu, Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.






Source link

OR

Scroll to Top