“Saya Diberi Arahan Tegur Iddin” – Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Masa Doa

“Saya Diberi Arahan Tegur Iddin” – Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Masa Doa


Sejak semalam tular video memaparkan cef selebriti, Chef Wan mencuit pendakwah selebriti, Iddin Ramli ketika bersiaran langsung di sebuah program televisyen.

Tampil menjelaskan perkara itu, Chef Wan berkata dia menerima arahan daripada pengurus lantai (floor manager) supaya menegur Iddin yang ketika itu sedang membaca doa terlalu panjang.

BACA: Chef Wan Gelak Besar Netizen Bandingkan Dengan Khairul Aming

Menurut Chef Wan ketika itu azan bakal berkemundang dan dia berpendapat mungkin itu merupakan pertama kali Iddin ke rancangan siaran langsung.

“Iddin disuruh baca doa sebelum azan berkumandang dan untuk kita berbuka puasa. Hos ada bertanya, doa yang dibaca panjang atau pendek sebab sudah nak azan.

“Saya rasa selepas itu Iddin ada kata dia tak perasan sebab pertama kali datang ke program siaran langsung. Dia pun baca doa yang berjela panjangnya, matanya pun tertutup.

“Di hadapan kami, floor manager dan kru produksi dah bagi isyarat berkali-kali untuk wrap up. Iddin tak nampak.

“Saya diberi arahan oleh floor manager untuk tegur Iddin wrap up doanya. Jadi, saya takut sama ada nak beritahu dia atau tidak, risau nanti viral pula. Nanti saya pula yang disalahkan.

“Akhirnya saya cuit juga kerana floor manager dan pengarah semua sudah tidak sabar lagi. Saya cuit dia dan terbukalah matanya,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata perlu peka dengan masa lebih-lebih lagi dalam program siaran langsung tambahan pula melibatkan waktu azan dan berbuka puasa.

“Selalunya bila kita buat program siaran langsung, kena prihatin dengan masa..tak boleh lebih. Apa lagi waktu azan dan masa orang nak berbuka puasa.

“Satu Malaysia menunggu waktu berbuka ketika itu. Azan tidak boleh lewat, program itu juga tidak boleh dipanjangkan masanya. Ya, doa yang panjang tidak boleh kerana sudah nak masuk waktu azan dan ia juga adalah program siaran langsung,” katanya.

Bagaimanapun, Chef Wan berkongsikan ianya pengalaman menarik dapat bersiaran langsung di program berkenaan.






Source link

OR

Scroll to Top