Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menjadi perhatian ramai ketika membuat persembahan di Festival Sabah Food Street di Kota Belud, Sabah.
Tular video ketika acara berkenaan apabila Bella memanggil tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk naik ke pentas.
BACA: Syed Saddiq, Bella Astillah Nikah Sebelum Akhir Tahun Ini
Apa yang menjadi bualan Syed Saddiq berseloroh ‘menegur’ Bella kerana memanggilnya Yang Berhormat (YB).
“Bila saya di bawah (pentas), tunang saya panggil saya YB. Saya disini bukan sebagai YB. Saya disini sebagai tunang kamu, sebagai bodyguard yang perlu menjaga kamu,” seloroh Saddiq.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Bella serta sempat memuji kecantikan tunangnya.
“Terima kasih kepada warga Kota Belud kerana sentiasa memberikan sokongan padu buat tunang saya, Bella.
“Saya cemburu kerana sebelum ini saya hanya dapat melihat dia perform di Sabah hanya melalui platform siaran langsung di TikTok. Tapi hari ini dapat lihat secara berdepan, lagi cantik dan menawan,” katanya.





