Anak kepada pelakon Betty Banafe iaitu Julia Claire Dargus mengakui lelah apabila konflik keluarga yang dihadapi sejak hampir lapan tahun lalu masih belum menemui titik noktah.
Menerusi hantaran di TikTok, Julia tampil bersuara bagi menjelaskan situasi sebenar susulan video tular yang sebelum ini mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan netizen.
Julia berkata tidak pernah berniat untuk bersikap kurang ajar, sebaliknya hanya terkesan dengan kemelut yang berpanjangan tanpa penyelesaian.
“Saya sudah terlalu penat dengan semua ini. Isu ini berlarutan bertahun-tahun dan sampai sekarang masih belum selesai.
“Saya cuma mahukan kehidupan yang tenang dan harmoni seperti keluarga lain. Saya bersyukur kerana ibu sentiasa kuat dan tidak pernah meninggalkan saya,” katanya.
Dalam masa sama, Julia menegaskan kasih sayangnya terhadap bapanya tetap utuh walaupun berdepan pelbagai konflik.
“Apa yang saya harapkan hanyalah keharmonian. Kepada ayah, jika ayah melihat video ini, ayah tetap ayah saya,” ujarnya.
@juliabanafee I had enough pls daddy i need a wisdom father pls stop.#fyp @bettybanafee
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan situasi tegang apabila bekas suami Betty bersama ahli keluarga dan peguam hadir ke kediamannya, dipercayai bagi mengambil anak-anak.
Artikel Berkaitan: Betty Banafe Penat Lapan Tahun Turun Naik Mahkamah, Bekas Suami ‘Meroyan’ Buat Laporan Palsu Dakwa Anak Didera
Sekadar info, Betty dan Bruce Dargus berkahwin pada 8 Disember 2012 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10.






