Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-4 dengan Uqasha Senrose, pelakon Kamal Adli berharap agar perkara baik-baik berlaku buat rumah tangga mereka.
Memetik Utusan, Kamal berkata dia reda raikan sambutan berkenaan sendirian meskipun sudah mengambil cuti beberapa hari untuk menyambutnya bersama isteri.
BACA: “Saya Dah Rancang Lama..” – Kamal Adli Reda Sambut Anniversary Ke-4 Tanpa Isteri
“Sepatutnya ada sambutan, tetapi bila sudah jadi begini, tak mengapalah. Cuma saya nak maklumkan yang hari ini ulang tahun perkahwinan kami. Itu sahaja.
“Tahun ini sambutan itu berlainan sedikit. Saya raikan sendirian sahaja. Malah saya ambil beberapa cuti beberapa hari untuk berehat daripada aktiviti penggambaran.
“Harapan saya dihujung semua yang berlaku ini ada perkara baik yang bakal muncul di kemudian hari. Harapan itu juga ditujukan untuk anak dan isteri saya,” katanya.
Sementara itu, Kamal berkata hanya kepada Allah dia mengadu serta meminta orang ramai mendoakan buat dirinya serta keluarga kecilnya itu.
“Tiada manusia untuk saya adukan atau ceritakan masalah ini. Saya hahya mengadu kepada Allah sahaja. Itu yang diajar oleh ibu dan ayah saya.
“Itu yang saya lakukan sekarang selain banyak mendiamkan diri. Tak perlulah saya nak buka aib atau burukkan sesiapa.
“Saya bukan mahu menagih simpati. Cukuplah doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga saya. Saya gembira dan saya mahu anak serta isteri saya pun gembira juga,” kongsinya.
Sumber: Utusan






