“Saya Hanya Tunggu Perkataan ‘Maaf’” – Konflik Atu & Sharif Zero Belum Selesai, Isu Duit & Masalah Peribadi Jadi Punca Gaduh

“Saya Hanya Tunggu Perkataan ‘Maaf’” – Konflik Atu & Sharif Zero Belum Selesai, Isu Duit & Masalah Peribadi Jadi Punca Gaduh


Konflik dalaman membabitkan anggota Kumpulan Zero iaitu Atu dan Sharif masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun hampir lebih dua tahun berlarutan.

Kata Atu atau nama lengkapnya, Sharif Kunal Doli Sharif  mendedahkan, hubungan tegang dengan abang keduanya itu didakwa berpunca daripada isu kewangan serta masalah peribadi yang telah lama dipendam.

Bagaimanapun, Atu menganggap meskipun hubungan peribadi antara mereka masih belum pulih, dia tetap memilih untuk bersikap profesional setiap kali terlibat dalam urusan kerja termasuk promosi dan penggambaran filem.

“Kalau ditanya saya masih ada masalah lagi? Memang saya ada masalah. Kamu semua boleh tengok sendiri. Sekarang ni hanya kami berdua yang ada sehingga akhir tayangan filem.

“Jadi kita sudah nampak ada pihak yang cuba mengelak. Macam saya, saya tidak mengelak sebab ini kerja kita… jadi harus profesional.

“Bagi saya, kalau diluar kita gaduh, tapi  jika ia melibatkan sebahagian daripada pekerjaan, kita kena ‘buang’ tepi perkara itu. Tapi, kita tengok sendiri malam gala ni pun dia tidak ada (balik usai tayangan filem).

“Beginilah rumah kata pergi, kubur kata mari. Tapi itulah, jika ada peluang bekerja bersama saya okay. Tapi jika ada pihak yang mengelak kita tak boleh buat apa-apa.

“Punca sebenarnya, sebelum dari podcast lagi. Tapi itulah, bila terlalu pendam benda itu dah pecah memang tak boleh tahan. Puncanya memang dalam. Tapi itulah.

“Ada yang mendakwa ia adalah duit tapi itu adalah salah satu daripadanya,” katanya.

Atu berkongsi perkara itu ketika ditemui usai tayangan perdana filem Duyung: Legenda Aurora yag diadakan di GSC Lalaport, Kuala Lumpur pada Rabu.

Jelasnya, dia tetap berharap agar mereka dapat tampil bersama dalam sesi promosi seterusnya, demi menghargai peminat yang mahu melihat Zero kembali bersatu.

“Saya berharap jika selepas ini akan ada lagi sidang media untuk filem ini atau untuk tujuan promosi bersama memandangkan dalam sekuel ini watak kami berdua rapat, saya mahu, kalau boleh kita raikan orang.

“Nak gaduh boleh.. tapi kita raikan orang sebab peminat nak nampak kami bersama,” tambahnya.

Mengulas dakwaan kumpulan Zero sudah berpecah pula,  Atu mengakui dia masih menyayangi kumpulan itu yang dibina hampir 12 tahun bersama-sama apatah lagi karier seninya ini adalah sumber rezekinya dan keluarga.

“Bila ada yang menganggap kumpulan Zero sudah tidak ada disebabkan isu ini, tipulah jika saya kata tak sayang.

“Sebab kita buat semua ini hampir 12 tahun. Merasa setiap jatuh bangun dalam perjalanan seni kami. Tapi kalau setakat satu isu yang timbul boleh melupakan segalanya, itu terpulang kepada dia.

“Tapi bagi saya, saya tetap akan meneruskan ‘jalan’ ini sebab kerja saya adalah punca saya mencari rezeki.

“Jadi apapun saya tetap akan teruskan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Atu berkata, keluarga besar turut menasihatkan agar konflik adik-beradik mereka diselesaikan segera kerana ia memberi imej kurang baik terhadap keluarga dan kumpulan.

“Ada. Rata-ratanya memberikan nasihat ‘kalau boleh selesaikan cepat sebab ia akan bagi bad impression pada keluarga’.

“Tapi mereka yang menasihati saya tahu saya orangnya bagaimana dan sebelah pihak juga tahu saya macam mana.

“Tapi saya sebagai adik, saya akan turunkan ego saya untuk kemaslahatan semua.

“Tapi kalau tahap macam ni, sidang media pun tak ada… kami segan dengan Prof sebenarnya sebab kita deal dulu sebagai Kumpulan Zero. Tapi bila macam ni seorang tak ada, pasti akan timbul persoalan. Dan persoalan itu, jawapannya juga akan tetap sama,” ulasnya.

Ketika disoal mengenai inisiatifnya untuk mencari peluang berbaik dan menjernihkan keadaan, Atu menegaskan dia sudah berusaha namun tidak mendapat sebarang respons.

Dan, apa yang paling penting dalam usaha menjernihkan kembali hubungan mereka adalah menunggu permohonan maaf dari abangnya itu.

“Saya memang berusa untuk menjernihkan kembali keadaan. Bukan setakat doa, kadang-kadang ada juga pergi mencari peluang tetapi dia senyap sahaja.

“Saya berani cakap, kamu tengok dekat Instagram, TikTok semua dah unfollow saya. Saya pun tak tahu apa masalah dia.

“Tapi, seandainya ada tawaran bekerja untuk bertiga, saya terbuka.

“Cuma kita tahu siapa yang salah, kita tahu siapa yang memulakan jadi, minta maaf sahaja lah. Kita nak perkataan maaf sahaja. Bukan maaf kepada saya, tetapi kepada keluarga saya. Itu sahaja saya boleh katakan.

“Sebab mungkin dengan permintaan maaf itu boleh menjernihkan suasana meskipun tidak lah sejernih dahulu,” katanya.

Sementara itu, abang sulung mereka, Syaiful berharap agar segala permasalahan di antara dua adiknya dapat diselesaikan dengan baik dan aman.

“Saya dengan ketiga-tiga adik beradik saya memang kami tak ada masalah. Kalau saya tak ada masalah dengan Shariff, tak ada masalah dengan Atu. Sebab kenapa? Sebab saya anak sulung.

“Jadi pandai-pandai kamu lah selesaikan perkara ini cepat-cepat ya. Sebelum saya buat team sendiri,” selorohnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Atu Zero Nafi Berdendam & Bermasam Muka Dengan Sharif – “Bisalah Di Media Sosial Kena Nampak Gempak”

ARTIKEL BERKAITAN:“Terpulang Kalau Dia Fikir Itu Aib, Saya Hanya Nak Beri Inspirasi Pada Orang” – Dedah Tragedi ‘Hitam’ Adik, Sharif Zero Minta Maaf Pada Atu



Source link

OR

Scroll to Top