Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira menjelaskan, keputusan untuk kembali berumah tangga dibuat atas dasar yakin termasuklah memikirkan usia hubungan mereka.
Kata Erra yang mahu mengakhiri hubungan bersama kekasihnya, Ezwan Zain ke jenjang pelamin pada Disember ini, perasaan untuk memiliki pasangan bukanlah dibuat dek kerana terdesak, sebaliknya memikirkan jangka masa panjang iaitu mempunyai teman dihari tua kelak.
“Mr E pun hidup solo sudah lapan tahun. Masing-masing sudah rasa selesa. Tapi akhirnya, fitrah manusia di peringkat usia seperti ini mahu berteman. Jadi biarlah kami buat cara yang betul dan diredai.
“Kami bukan di dalam situasi terdesak mencari pasangan tapi lebih kepada memikirkan jangka masa yang panjang untuk nak berteman dan kawan bicara di hari tua kelak,” katanya.
Mengulas lanjut, Erra mengaku menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal selama 11 tahun bukanlah satu perkara yang mudah dan dia berharap perkahwinan ini adalah yang terakhir dan terbaik.
“Saya harap perkahwinan ini yang terbaik, terindah dan penutupnya,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Tidak Ada Lamaran Formal, Erra Fazira Dirisik 6 Minggu Lalu.. Anak Beri ‘Green Light’
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 11 Tahun, Erra Fazira Kembali Bergelar Isteri … Umum Tarikh Kahwin Dengan Mr. E 12.12.2025
Terdahulu, Erra berkongsi berita gembira itu kepada umum semasa pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa.
Jelasnya, majlis bahagia itu akan berlangsung pada 12 Disember 2025 bersamaa hari Jumaat depan.
Manakala, majlis resepsi pula akan diadakan pada 13 dan 17 Disember 2025.
Sekadar info, Erra pernah bergelar isteri kepada penyanyi, Datuk Yusry namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.
Erra kemudian kembali berumah tangga dengan Engku Imran pada 2007 dan memiliki cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.
Mereka bagaimanapun berpisah pada Februari 2014.






