Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah atau lebih mesra dengan panggilan Dr.Fie menyorot perhatian ramai apabila tampil meluahkan perasaan menerusi ruangan komen terhadap satu kenyataan yang pernah dimuat naik oleh usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik Epal.
Menerusi perkongsian berkenaan, Cik Epal dilihat memberikan pandangan lantang berhubung istilah ‘classy’ yang sering dikaitkan dengan sikap wanita apabila berdepan isu kecurangan dan campur tangan pihak ketiga dalam rumah tangga.
Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan Dr.Fie itu seakan-akan menggambarkan kekecewaan terhadap situasi yang dihadapinya.
“Saya ingatkan kalau saya muat naik di media sosial, dia takut nak pijak-pijak kita. Tapi tidak… dia lagi lantang,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan sokongan terhadap ibu kepada tiga cahaya mata itu sekali gus mendoakan agar urusannya dipermudahkan.



Tidak habis disitu, Dr.Fie turut menegaskan kepada segelintir penyokong Nubhan, bahawa kifarah itu wujud.

ARTIKEL BERKAITAN:Dr Fie Gelar Nubhan Gila, Pembantu Rumah Bertindak C*um Bibir Anak Lelaki – “Macam Dia Terpaling Sayang Anak Kita”
ARTIKEL BERKAITAN:Penampilan Di Mahkamah Dikritik, Dr. Fie Tampil Mohon Maaf – “Tak Sempat Fikir, Baju Semua Masih Dalam Kotak”
ARTIKEL BERKAITAN:Dr. Fie Dah Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Barangan Kemas & Duit Hilang Dari Rumah Didiami Bersama Anak-Anak
ARTIKEL BERKAITAN:Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Terburu-Buru Menghukum, Tindakan Ibu Dr. Fie Dipuji Warganet – “Tetap Beri Penghargaan Pada Bekas Menantunya”





