“Saya Lindungi Mereka Daripada Kejahatan Sebab Tu Saya Ceraikan Dia”- Linda Jasmine 

“Saya Lindungi Mereka Daripada Kejahatan Sebab Tu Saya Ceraikan Dia”- Linda Jasmine 


Bekas isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine seolah-olah memberi bayangan mengenai punca perceraiannaya bersama aktor berkenaan.

Menerusi hantaran di media sosial, Linda, 53, tampil membalas komen seorang individu yang menasihatkannya untuk kembali rujuk semula dengan bekas suaminya itu.

Malah, individu berkenaan menyarankan agar pasangan itu kembali bersama demi anak-anak.

“Lebih baik awak dan Que berkahwin semula. You are for Allah protection from evil. Reunite for both.

“Dan sentiasa ikut perintah Allah SWT seperti yang disarankan dalam al-Quran dan hadis,” kata individu berkenaan.

Enggan berdiam diri, Linda tampil memberikan respons balas terhadap hantaran berkenaan.

Tegasnya, keputusan perceraian itu dibuat demi melindungi keselamatan anak-anaknya.

“Ya, saya melindungi mereka daripada kejahatan. Sebab itu saya ceraikan dia. #YTJT,” balasnya.

Tidak habis disitu, hantaran tersebut juga turut menerima komen balas daripada anak pasangan terbabit, Ratu.

“Terima kasih diatas perhatian yangd iberikan. Tapi anda tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku disebalik semua ini,” jelasnya.

Sekadar info, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 2009  dan sah bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan iaitu, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.



Source link

OR

Scroll to Top