“Saya Memang Nak Kahwin…Belum Jumpa Jodoh”

“Saya Memang Nak Kahwin…Belum Jumpa Jodoh”


Pelakon Zizan Razak mengakui terkejut namun tidak terasa hati apabila ada pihak menggelarnya Presiden Single kerana belum berkahwin.

Memetik HibGlam, Zizan turut berseloroh mengatakan dia mahu membuka keahlian serta mahu menapis mahu mencari mereka yang single sahaja.

BACA: Zizan Razak Buat Kejutan Hadiahkan Abang Kereta Idaman

“Boleh saja saya jadi presiden. Kalau saya jadi presiden, saya buka keahlian. Macam persatuan lain juga, tapi ini ‘Group Presiden Single’. Maksudnya jangan kacau kami. Saya nak tapis dan pastikan ahli yang betul-betul single sahaja. Jangan buat hal,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata mengenai gambarnya bersama wanita berhijab itu hanya AI sahaja dan bergurau sahaja.

“Foto dengan wanita berhijab itu sekadar kandungan hiburan sahaja. Saya hanya komen pada Jaa Suzuran, minta dia hasilkan satu foto dengan wanita hasil teknologi kecerdasan buatan (AI), tak sangka pula dia terus buat,

“Bila saya muat naik, terkejut sebab tontonan cecah lima juta dan komen pun dah banyak. Nak padam rasa sayang, jadi biarlah kekal begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan berkata sebagai manusia biasa sudah pasti mempunyai keinginan untuk berkahwin namun belum bertemu jodoh lagi.

“Semua itu sekadar gurauan dengan peminat. Namun, saya tahu ramai yang nak tengok saya kahwin. Saya doakan juga dan memang sudah layak cuma belum jumpa jodoh lagi. Kalau ada nanti, saya akan umumkan. Saya memang nak kahwin,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top