'Saya merasa lebih bersalah kerana tersalah cakap' – Mia Sara

'Saya merasa lebih bersalah kerana tersalah cakap' – Mia Sara


georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pelakon Mia Sara akhirnya tampil membuka mulut dan mengakui kekhilafan masa lalu apabila terlanjur menulis kenyataan yang kedengaran negatif terhadap pelakon Puteri Balqis sebelum ini.

Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, berkata dia tidak salahkan langsung apabila Puteri Balqis atau Aqish kembali ungkit hal terbabit yang meninggalkan kesan besar kepadanya.

“Saya tak salahkan dia pun, sebab saya baca balik cara saya tulis pun memang ia sangat ‘mengundang’. Saya tak tahu apa yang saya cakap itu kedengaran seperti saya tengah menghina bagaimana dia dibesarkan.

“Perkara itu jadi sangat besar sehingga saya tidak tahu hendak berbuat apa,” katanya menerusi sebuah sedutan penampilannya dalam ‘podcast’ Kita Kita Aje yang kendalian Datuk Aznil Nawawi.

Pelakon Nur Kasih The Movie berkenaan turut berkongsi insiden itu membuatkan dia benar-benar panik dan terus terfikir untuk membuat permohonan maaf kepada Aqish secara terbuka.

Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila dinasihati bapanya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana risau nanti mengeruhkan lagi keadaan.

“Bapa cakap jangan tulis pasal isu itu, tak payah cakap apa-apa, saya tahu niat sebenar saya. Orang putar belit kata-kata saya atau apakah, saya tak perlu mempertahan diri sendiri.

“Orang akan guna kesempatan itu untuk putar belit lagi kenyataan saya dan cuma akan memperbesarkan hal terbabit. Jadi, saya kunci mulut, diam,” katanya.

Mia Sara juga mendedahkan, keesokan harinya, Aqish ada memohon maaf kepadanya padahal kalau ikutkan, dia yang berada di pihak salah.

“Saya merasa lebih bersalah kerana saya yang tersalah, saya cakap salah, di mana saya tidak berniat apa-apa langsung,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top