Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Namron menyorot perhatian ramai selepas berkongsi hantaran menerusi platfrom media sosial miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan mendedahkan, dirinya mudah tertarik dengan lelaki yang bijak, berpengetahuan luas serta petah berbicara tanpa bersikap angkuh.
Katanya, dia amat menghargai perbualan dengan individu seperti itu kerana setiap butir bicara yang dilontarkan dirasakan bernilai.
“Saya mudah tergoda dengan lelaki yang pintar, berilmu, petah bila berbicara dan tidak menyombong diri.
“Saya akan duduk mendengar bila dia bercerita kerana kata katanya bagai emas yang berharga,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon filem Qifarah itu menjelaskan ada ketikanya perasaan yang dirasai sukar disembunyikan hingga terzahir dalam bentuk kata-kata.
“Ada masanya, apa yang saya rasa, terkeluar dengan kata. Selamat Malam Malaysia,” kongsinya.
Sebelum ini, tindakan Namron memuat naik kapsyen menyokong kenyataan aktivis sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.
Sekadar info, Namron muncul dalam filem seram terbaharunya berjudul Qifarah bergandingan bersama, Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Vanida Imran, Liyana Jasmay, Rita Nadira dan ramai lagi.
Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan tentang Remy (Yusoff), seorang lelaki yang dibayangi kisah silam keluarga yang mengamalkan ilmu hitam hingga terperangkap dalam ritual pemujaan rahsia.
Filem Qifarah kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober.
ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Tinggal Komen Sokong ZRA, Namron & Fazura Dikritik… Respons Namron: “Saya Tak Tunggang Agama, Isu Mahupun Orang”
ARTIKEL BERKAITAN:ZRA Bidas Netizen ‘Biadab’ Label Sukarelawan GSF ‘Gila’ Publisiti – “Mereka Yang Pertikai Soal Palestin Ibarat Seperti Anj*ng!”