Pelakon Nur Fazura terbuka untuk mendirikan rumah tangga lagi kerana masih menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi.
Difahamkan, Fazura berkongsikan perkara itu ketika berbual bersama peminat di sebuah ekspo di Singapura.
BACA: “Contoh Manusia Yang Hobinya…” – Fazura Tegur Individu Masuk Live Sebut Pasal Bekas Suami
“Saya mahu berkahwin lagi sebab saya mahukan anak lagi. Tolong doakan saya,” katanya.
Sementara itu, sepanjang festival berlangsung, video memaparkan Fazura melayani peminat serta menyantuni rakan selebriti tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji cara pelakon itu.
Turut menjadi perhatian, ketika bertemu aktres Rita Rudaini, Fazura meluahkan rasa kagum dan bangga.
“Ya Allah wanita kuat ini. Bangga dengan kamu,” kata Fazura.
Sumber: HibGlam






