“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya

“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya


Masih belum menemui calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, pelakon dan usahawan, Syahir Shafein mendedahkan hasratnya untuk berkahwin pada usia 30 tahun terpaksa ditangguhkan.

Syahir yang kini berusia 30 tahun mengakui sebelum ini dia merancang untuk menamatkan zaman bujang tahun ini, namun terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya belum tiba.

“Tekanan itu memang ada, terutamanya bila balik kampung. Saudara-mara pasti akan bertanya bila masanya saya nak kahwin.

“Saya hanya mampu cakap bahawa saya sedang berusaha. Kadang-kadang orang tak nampak prosesnya, tapi doa dan usaha tetap diteruskan,” katanya.

Buat masa ini, fokus utama Syahir adalah memastikan kerjayanya kukuh dan masa depannya stabil sebelum memikul tanggungjawab sebagai suami.

“Tahun ini banyak mengajar saya tentang hala tuju hidup dan kerjaya. Kalau nak masuk ke fasa seterusnya, saya mahu pastikan semuanya berada dalam keadaan stabil terlebih dahulu,” ujarnya.

Mengakui kini lebih realistik dengan perancangan hidup, Syahir berkata sasaran dirinya pada 2025 dan 2026 adalah membina aset.

“Saya tengah usaha nak dapatkan rumah pertama dan kereta idaman. Itu antara keutamaan sekarang. Sebelum fikir soal perkahwinan, saya nak pastikan saya mampu tawarkan kestabilan dan keselesaan kepada bakal pasangan,” jelasnya.

Walaupun belum bertemu cinta hati, Syahir yakin masa yang sesuai akan tiba apabila semuanya telah diatur dengan baik.

“Saya bukan menolak atau terlalu memilih, cuma belum bertemu orang yang benar-benar sesuai. Kalau sudah tiba masanya, saya percaya Allah akan temukan dengan individu yang tepat.

“Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing, ada yang kahwin awal dan ada yang lambat. Saya ikut rentak hidup saya, yang penting saya terus berusaha,” katanya lagi.

Dalam perkembangan kerjaya, Syahir kini sedang menjalani penggambaran drama Impiana dan Perempuan Tak Ternikah.





Source link

OR

Scroll to Top