Pempengaruh media sosial, Haroqs berkongsikan mengenai ciri-ciri wanita idamannya dimana calon isteri yang dicari bukan hanya memiliki kecantikan luaran tetapi dalaman.
Menerusi satu podcast, Haroqs berkata dia mengakui kecantikan fizikal seseorang itu adalah penting baginya apatah lagi apabila berkahwin suami akan melihat isteri setiap hari.
“Saya nak wanita yang cantik sebab kita nak tengok hari-hari. Takkanlah kita nak yang tak cantik di mata, betul tak? Bagi saya kecantikan tu sangatlah penting,” katanya.
Sementara itu, Haroqs berkata dia mahukan calon isteri yang pandai memasak, tahu tentang agama serta hormat orang tua. Bagaimanapun, Haroqs tidak mencari yang sempurna tetapi seseorang yang memahami dirinya.
“Saya nak seorang yang pandai memasak, memahami, suka bercerita dan fun, tahu tentang agama dan menghormati orang tua.
“Bagi saya tak perlu yang perfect. Bagi saya sekadar dia memahami saya, dia tahu batas, itu adalah yang terbaik. Sebab kalau kita cari yang perfect, tak akan jumpa,” katanya.






