Pelakon Sharifah Rose berkata dia terkejut dengan luahan pelakon Syafi Tee yang mengakui ‘tersuka’ tanpa sengaja pada aktres berkenaan ketika bergandingan dalam satu drama.
Memetik mStar Online, Rose berkata dia lebih selesa mengekalkan untuk hubungan sekadar rakan dalam industri seni sahaja.
BACA: Sharifah Rose Dedah Pernah Ditawar RM60,000 Hanya Untuk Teman VVIP Makan
“Saya sebenarnya tidak begitu mengenalinya, hanya pernah berjumpa di set penggambaran sahaja. Saya selesa dan menganggap dia sebagai rakan industri sahaja, tidak lebih daripada itu,” katanya.
Sementara itu, Rose berkata dia memilih untuk mempunyai pasangan yang bukan daripada budang lakonan serta mahukan seorang yang stabil.
“Saya memang tidak bercadang atau berhasrat untuk mencari pasangan dalam kalangan pelakon. Saya mahukan lelaki di luar bidang ini. Semua orang tahu bidang lakonan ada pasang surut, jadi saya inginkan lelaki yang stabil,” katanya.
Sumber: mStar Online






