“Saya Panggil Uncle Ezwan, Sedang Fikir Apa Panggilan Yang Sesuai”

“Saya Panggil Uncle Ezwan, Sedang Fikir Apa Panggilan Yang Sesuai”


Anak kepada penyanyi dan pelakon Erra Fazira iaitu Engku Aleesya berkata dia lebih selesa memanggil bapa tirinya Uncle Ezwan buat masa ini.

Memetik mStar Online, Aleesya bagaimanapun berkata dia sedang mencari nama panggilan yang sesuai untuk bapa tirinya.

BACA: Uncle Ezwan Sangat Soft Spoken, Mak Saya Tomboyish” 

“Saya panggil Uncle Ezwan, tapi mungkin bukanlah panggilan kekal. Saya sedang fikir apa panggilan yang sesuai dan harapnya, ada idea sedikit waktu lagi,” katanya.

Sementara itu, Aleesya berkata dia teruja mempunyai adik beradik baru dan sudah mula rapat dengan anak gadis Ezwan iaitu Dania Sofea.

“Saya dah pernah berjumpa Sofea ketika hari jadi mama. Jadi dapatlah saya kenal-kenal dengan dia. 

“Sebab saya dah terbiasa sendiri, jadi agak kekok juga pada awalnya. Tapi saya tahu Sofe adalah seorang yang baik dan saya suka untuk rapat dengannya,” katanya. 

Sumber: mStar Online / Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top