Pelakon Nabila Huda meluahkan isi hati yang sudah lama dipendam sehingga memberi kesan terhadap emosinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata dia sudah penat dengan rasa sedih dan rindu yang tidak pernah berpenghujung.
BACA: Bagi Makan Daging Wagyu, Ramai Nak Jadi Kucing Nabila Huda
“Sejujurnya saya penat, ‘fed up’ dengan rasa yang mungkin takkan pernah hilang.. Rasa sedih yang macam tiada penghujung. Rasa rindu yang tak pernah habis.
“Saya faham ada yang cakap suruh buang ego, berdamai. Tapi ini bukan soal ego, bukan soal berdamai. Ini soal kedamaian itu datang. Tapi sementara.
“Bila seorang sahaja yang pegang, walau sekuat mana pun cuba kukuhkan, akhirnya tetap runtuh. Dan kebahagiaan itu jadi sementara lagi. Bertahun-tahun, pusing balik ke tempat yang sama,” tulisnya.
Menurut Abil lagi, dia sudah cuba menjalani kehidupan seperti biasa serta abaikan perasaan tersebut namun sukar untuk dilepaskan.
“Saya cuba hidup seperti biasa. Saya cuba untuk melangkah ke depan. Hanya hidup dengan diri sendiri, tapi rasa itu tetap ada. Untuk menanggungnya sangat berat.
“Sampai saya jadi benci nak keluar rumah. Tak nak terjumpa muka-muka yang pernah saya sayang sepenuh hati. Tapi akhirnya jadi pengkhianat dan luka yang paling dalam,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata lokasi penggambaran menjadi terapi terbaik buat dirinya serta memberikan ketenangan walaupun hanya sementara.
“Sebab itu saya hanya gembira jika di set penggambaran dan di rumah sahaja, sibukkan diri. Rasa gusar dalam diri akan hilang walaupun sementara.
“Rasa gembira, rindu, hancur, marah, sedih semua dalam satu masa. Itu semua sangat menyedihkan atau mungkin saya tidak patut berada di situ pada awalnya,” katanya.





