“Saya Perlukan Bilik Sendiri” – Syada Amzah 24 Tahun Terpaksa Kongsi Bilik

“Saya Perlukan Bilik Sendiri” – Syada Amzah 24 Tahun Terpaksa Kongsi Bilik

“Saya Perlukan Bilik Sendiri” – Syada Amzah 24 Tahun Terpaksa Kongsi Bilik


Penyanyi Syada Amzah meluahkan rasa kecewa serta tertekan kerana tiada ruang privasi dirumah.

Menerusi satu hantaran di Threads, Syada berkata sepanjang 24 tahun hidup dia tidak mempunyai bilik sendiri dan terpaksa berkongsi.

BACA: Elcah Nafi Syada Amzah Punca Rumah Tangga Kacau Bilau 

“Saya sangat penat, nak tidur balik dah la susah. Bangun rasa kecewa dengan kehidupan. Stres, saya rasa saya memerlukan bilik saya sendiri.  Ruang selamat saya sendiri. Sepanjang hidup saya, 24 tahun hidup bilik berkongsi,” katanya.

Sementara itu, Syada berkata disebabkan itu juga fikirannya turut berubah untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana dia tidak boleh ada orang lain di ruangnya sendiri.

“Itu salah satu sebab kenapa saya berubah fikiran dari nak kahwin secepat mungkin kepada nanti-nanti sajalah. Sebab saya tidak boleh ada orang di ruang saya, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top