Pelakon Azar Azmi berkata dia mengakui terkejut apabila ditahan polis bulan lalu tanpa mengetahui perkara sebenar.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Azar berkata enam bulan sebelum itu dia tidak mempunyai telefon bimbit dan terputus hubungan dengan dunia luar.
BACA:“Nak Dibandingkan Pasangan Lain, Saya Cemburu” – Azar Azmi
“Saya tak tahu langsung perkara itu, tiba-tiba pihak berkuasa datang dan ambil kami. Saya terkejut. Enam bulan sebelum itu saya tiada telefon, jadi terputus hubungan dengan apa-apa cerita di luar.
“Saya direman serta disoal siasat mengikut segala prosedur dan tiada yang terkecuali. Saya dah di sini pun, ada juga individu yang tidak berpuas hati, macam mana kau boleh keluar, macam mana kau boleh lepas. Biasalah mulut orang ini kita tidak boleh nak tutup,” katanya.
Sementara itu, Azar menafikan dakwaan menjalani kehidupan mewah seperti digambarkan malah pernah menjual durian serta berniaga untuk kelangsungan hidup.
“Kalau saya cakap saya tidak semewah apa yang ditulis dalam headline orang tidak percaya. Saya pernah berniaga durian, berniaga cempedak goreng sendiri
“Kalau nak katakan cerita viral itu, pihak berkuasa ambil saya, saya buat perkara itu, saya (akan) berpuas hati bila guna duit itu.
“Masalahnya, kehidupan yang aku hadap, dengan apa yang dengan headline tidak sama, nak makan pun serba ada saja,” katanya.
Dalam pada itu, tujuh tahun menyepi dari industri seni, Azar berkata dia menghormati permintaan keluarga mentua dan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk berhenti berlakon.






