Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkongsikan kisah disebalik pemilihan nama anaknya, Akira Juwita Zahra.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Watie berkata pada awalnya dia hanya memilih nama Juwita untuk anaknya itu.
BACA: Rezeki Akira Juwita Zahra, Shuib & Watie Terima ‘Gift’ RM81,000
Menurut Watie, nama Juwita itu dipilih oleh anak tirinya, Thalita namun dia merasakan nama berkenaan terlalu ringkas.
“Akira tu nama Thalita, Juwita tu Thalita yang pilih. Asalnya nama hanya Juwita. Shuib pun kata jangan pilih nama yang panjang-panjang.
“Tapi saya rasa pendek sangat Juwita tu dan saya pun nak nama tu dekat dengan Thalita jadi saya pilihlah Akira, yang datang daripada nama penuh Thalita,” katanya.
Dalam pada itu, Watie berkata dia mahu menambah nama Zahra kerana mahu Akira mempunyai nama yang sama dengan adik-beradiknya yang lain.
“Saya pun pujuk Thalita, cakap nak nama sama macam saya dan adik-beradik saya. Saya cakap dengan dia, apa kata dia bagi nama Zahra tu dekat Akira juga. Pada mulanya dia tak setuju tapi lama-lama dia okay,” katanya.
Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023. Pasagan itu menimang cahaya mata perempuan pada 6 April lalu.






