“Saya Pun Tak Tahu Maksud Sebenar ‘Kacip’, Orang Kata Masuk Air”

“Saya Pun Tak Tahu Maksud Sebenar ‘Kacip’, Orang Kata Masuk Air”


Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi tidak terasa hati dengan gelaran ‘kacip’ yang diberikan netizen terhadap dirinya di media sosial.

Memetik Harian Metro, Heliza berkata dia juga tidak tahu maksud sebenar kacip serta beranggapan hanya gurauan yang mendekatkan dirinya dengan netizen.

BACA: Heliza Helmi Saran Isu Palestin Dijadikan Sukatan Pelajaran Sekolah

“Saya tahu ada yang panggil saya ‘kacip’. Saya pun sebenarnya tidak tahu apa maksud sebenar ‘kacip’ itu.

“Orang kata maksudnya seperti masuk air atau gila-gila, jadi saya anggap ia sesuatu yang menceriakan suasana. Saya tidak kecil hati pun,” katanya.

Sementara itu, Heliza berkongsikan sebaik saja dia pulang ke tanah air, dia bersama pasukan tidak sempat berehat kerana terus menjelajah ke beberapa negeri untuk berkongsi pengalaman misi kemanusiaan disertai mereka.

“Kami cuba bina hubungan dengan generasi Z, sebab kalau terus kongsi perkara berat, mereka mungkin tidak berminat. Jadi kami guna cara santai supaya mesej sampai dengan lebih dekat.

“Saya pun terkejut bila ramai tanya ‘mana geng kacip?’ di media sosial. Ia bukan gelaran yang saya cipta, tapi saya jadikan ia sebagai cara untuk eratkan hubungan sambil berkongsi mengenai Palestin,” katanya

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top