Pelakon Alya Iman menyifatkan aplikasi Threads sebagai platform paling toksik serta memilih untuk menjauhkan diri dari media sosial berkenaan.
Memetik mStar Online, Alya berkata dia melihat netizen memberikan pendapat dan komen di aplikasi berkenaan sangat keterlaluan.
BACA: “Saya Tak Berkawan Pun Dengan Dia, Kami Tiada Apa-Apa Hubungan” – Alya Iman
“Dalam banyak-banyak media sosial, Threads yang paling saya benci dan sangat toksik berbanding yang lain. Saya sangat benci Threads.
“Bila buka, baca komen netizen, mereka ibarat tiada agama. Cara menulis tu sangat menakutkan. Jadi saya memilih tak main aplikasi itu,” katanya.
Sementara itu, Alya berkata dia enggan membaca komen-komen negatif berkenaan dirinya kerana tidak mahu kesihatan mentalnya terganggu.
“Kalau dulu saya memang ada baca komen-komen mereka ini sehingga menyebabkan mental saya terganggu.
“Tapi sekarang ini tidak lagi. Media sosial memang menakutkan dan kita pun tak boleh nak kawal apa yang netizen cakap kan? Tapi sekarang tidak,” katanya.
Sumber: mStar Online






