Isteri kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak akhirnya tampil membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar ssuulan dakwaan kononnya dia dipaksa suami untuk membuat pembedahan bariatrik.
Memetik laporan Harian Metro, Fatin berkata keputusan untuk menjalani pembedahan itu datang daripada dirinya sendiri, bukan paksaan daripada suaminya, Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman.
“Saya memang buat bariatrik, tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami. Syed tak bagi pun, saya sendiri yang nak buat,” katanya.
Dalam pada itu, Fatin, 27, menjelaskan prosedur itu dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh pada 8 Oktober lalu dan suaminya tahu serta menemaninya sepanjang proses tersebut.
Dia turut menegaskan, suaminya langsung tak pernah paksa atau jadikan dia bahan promosi untuk produk pelangsingan seperti yang tular di media sosial.
“Saya minta Syed kumpul duit untuk pembedahan tu. Tolong jangan serang dia, Syed tak ada kena mengena. Saya cuma nak tenang-tenang saja,” katanya.
Fatin juga meluahkan rasa kecewa apabila isu pembedahan tersebut tiba-tiba dikaitkan dengan masalah rumah tangga mereka.
“Kenapa sampai macam tu? Janganlah lebih-lebih sangat. Dari dulu orang tak puas hati, saya penat dan kecewa,” luahnya.

Sementara itu, Prince Syed menafikan dakwaan kononnya dia menjadikan isterinya ‘tikus makmal’ dengan memaksa pembedahan demi produk pelangsingan.
Katanya, Fatin buat keputusan tersebut atas kerelaan sendiri selepas lama tertekan dengan kecaman bentuk badan atau body shaming.
“Dia pernah luahkan hasrat nak buat. Saya tak sokong tapi tak halang. Bila dia nekad, saya teman dari awal sampai habis,” jelasnya.
Syed turut kongsi isterinya kini masih dalam pemantauan doktor selepas mengalami dehidrasi dan menjalani satu sesi dialisis.
“Keadaan dia stabil, bacaan pun cantik. Cuma tunggu masa dibenarkan balik rumah saja,” katanya lagi.
Sebelum ini, Syed menepis dakwaan kononnya dia melarikan anak dan menghalang keluarga mentua berjumpa cucu.
Terdahulu, tular video memaparkan seorang wanita dipercayai ibu mentua Prince Syed mendakwa menantunya melarikan diri dan menyekat hubungan anak serta cucunya dengannya. Wanita itu turut menuduh menantunya dijadikan ‘tikus makmal’ bagi tujuan jualan produk pelangsingan.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Dakwa Dihentak Topi Keledar, Nafi Bawa ‘Lari’ Fatin – “Isteri Saya Sendiri Tak Nak Jumpa Keluarga Dia”
Kredit foto/Sumber: Harian Metro





