Saya sendiri pun terkejut – Cklamovski

Saya sendiri pun terkejut – Cklamovski

Saya sendiri pun terkejut – Cklamovski


Peter Cklamovski bercakap pada sidang akhbar praperlawanan kelayakan Piala Asia 2027 Malaysia menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin. FOTO: BERNAMA

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menyanggah khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan skuad kebangsaan sambil menegaskan terkejut dengan spekulasi yang tidak berasas itu.

Cklamovski berkata, spekulasi seumpama itu adalah asam garam dalam bola sepak namun fokusnya kekal utuh untuk perlawanan akan datang menentang Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

“Ia (khabar angin) sedikit mengejutkan saya tetapi itulah bola sepak dan perkara sebegini boleh berlaku. Saya rasa sekali lagi, bagi saya satu-satunya perkara yang saya fokuskan adalah perlawanan ini.

“Saya telah mengatakan perkara itu banyak kali. Perkara paling penting yang saya fokuskan sekarang ialah hari ini dan memastikan kami melakukan yang betul esok dan mendapatkan tiga mata,” katanya dalam sidang akhbar praperlawanan pada Isnin.

Jurulatih kelahiran Australia itu menambah, komitmennya adalah untuk memastikan Harimau Malaya menamatkan musim di tangga teratas dan terus memberikan keyakinan kepada negara mengenai pasukan yang bakal dibentuk di bawah kendaliannya.

“Kami mahu menamatkan musim di tangga teratas dan terus memberikan keyakinan kepada negara mengenai pasukan yang akan kami bentuk. Itu sahaja yang saya fikirkan buat masa ini,” jelasnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Cklamovski mahu melepaskan jawatannya dan perlawanan menentang Nepal akan menjadi aksi terakhir buatnya bersama Harimau Malaya.

Untuk rekod, Cklamovski dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada penghujung tahun lalu dan beliau merupakan sebahagian daripada rancangan revolusi pasukan kebangsaan untuk jangka masa panjang.

Ringkasan AI

  • Peter Cklamovski menyanggah khabar angin tentang kepergiannya dari skuad Harimau Malaya
  • Fokus Cklamovski adalah pada perlawanan akan datang menentang Nepal untuk Kelayakan Piala Asia
  • Jurulatih ini terkejut dengan spekulasi namun menegaskan komitmen pada perlawanan yang sedang dihadapi
  • Cklamovski komited untuk membawa Harimau Malaya ke posisi teratas musim ini
  • Cklamovski dilantik pengendali Harimau Malaya pada penghujung tahun lalu dan adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang pasukan



Source link

OR

Scroll to Top